Thursday, April 28, 2011

Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga

1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna
2. Memberi nafkah kepada isteri
3. Menggaulinya dengan baik:

• Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan
• Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal
• Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya, menghiburkan isteri
supaya hatinya sentiasa gembira.
• Memaafkan kesalahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia.
• Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga
menyenangi apa yang disenangi oleh suaminya.
• Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk
dengan pekerjaannya.
• Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan umum.
• Melindungi isteri dari api neraka

4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan
Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan atau perasaan.

Secara umum lelaki bersifat: Manakala wanita bersifat:
• berani dan gagah perkasa
• ingin menolong yang lemah
• ingin berkuasa
• kasar dan tamak
• lemah lembut
• pemalu
• mempunyai perasaan yang halus
• bersopan santun
• penyabar

Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing.
5. Membimbing isteri

Di samping memiliki sifat-sifat yang baik, wanita juga mempunyai sifat-sifat buruk yang
kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran. Diantaranya:
• Mudah lupa dalam mengingati Allah SWT. Kesibukan dengan harta kekayaan dan anakanak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah SWT. Kelalaian ini akan
memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.

• Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia. Kemilauan dunia sering membuat wanita
terpedaya.

• Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain
Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri. Suami pula
sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan
perselisihan.

Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan
mengamalkan perangai yang baik seperti:
• Janganlah suami dan isteri marah pada masa yang sama
• Jangan mengeluarkan suara yang kuatt antara satu sama lain
• Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang
• Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang
• Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu
• Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada tidak mempunyai masa
terhadap pasangan
• Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan
• Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali
sehari
• Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf
• Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya orang yang
bersalah paling banyak berbicara

6. Membimbing anak

Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya, antaranya:
• Memberikan nama yang baik bagi anaknya
• Memberi nafkah
• Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya

Perhatian suami teladan terhadap isteri tercinta

Cinta suci adalah perasaan yang luhur yang mengangkat manusia ke darjat yang tinggi. Cinta
merupakan motivasi dalam diri bagi diri manusia yang akan mendorong manusia untuk
melakukan kebajian. Ianya juaga boleh diwujudkan dengan cara:
1. Menghargai pendapat isteri
2. Sentiasa mendidik isteri

Suami yang penuh sentuhan kasih


Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri:

1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri

Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki
kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari
perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari
wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharapkan
layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang
bertanggungjawab. Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri
mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi
pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada
tempatnya.

2. Memberi pujian terhadap isteri

Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya
suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan
penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan
dalam diri isteri. Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya,
"Adakah engkau cinta padaku?" Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada
pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.

3. Menentukan batas tanggungjawab

Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari
nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat.

4. Menghindari kritikan terhadap isteri

Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun
biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri. Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:

• Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
• Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan
tekanan batin
• Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama
• Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri
• Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak
• Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian

5. Memperhatikan sesuatu yang romantik

Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulang tahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita, hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amatbernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.

6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami

Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.

7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri

Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap
perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.

8. Memahami gelora jiwa isteri

Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami
dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima
suaminya sebagai orang yang dapat membimbing hidupnya.

9. Membina kerjasama yang baik

Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu
mewujudkan keluarga bahagia.
10. Memenuhi keperluan peribadi

Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang
khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi mahupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan pperibadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.