Pasti ramai jejaka2 di luar sana yang menghadapi masalah lebih kurang, jika tidak sama dengan saya dalam menjadi romantik terhadap pasangan masing2…romantik dalam ertikata lain menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 adalah:
- Memberikan suasana (gambaran dsb) spt yg terdapat dlm cerita roman (per cintaan dll)
- Memperlihatkan suasana yg penuh kasih sayang, keindahan, kemesraan, dsb spt dlm alam percintaan
So, disini ade beberapa 10 tips yang dirasakan boleh digunakan dalam usehe kite kaum Adam untuk menjadi lebih romantik…renung2kan dan selamat beramal…
- Kalau pasangan anda terpaksa outstation, tunjukkan keprihatinan anda. Sediakan pengawal peribadi khas iaitu seekor teddy bear untuk menjaganya sepanjang ketiadaan anda.
- Kirimkan jambangan bunga terus ke pejabat pasangan anda. Sebagai suatu surprise, pasti ianya akan menjadi memori indah disamping komen2 and kata2 pujian oleh rakan sekerjanya.
- Apa kata sekali sekala tukar panggilan manja anda dan pasangan. Daripada honey kepada sayang, sayang kepada anje, anje kepadamummy, mummy kepada dinda dsb…Jangan terkejut panggilanadek pon boleh membuatkan pasangan anda merasa begitu special!
- Payungkan si dia apabila hari hujan. Jangan lupa menyuruh pasangan rapat pada anda supaya bajunya tidak basah. Lebih baik lagi jika anda memegang payung sambil si dia memeluk pinggang anda ketika berjalan – AWAS! HANYA TERPAKAI UTK ORG YG BERKAHWIN AJE!
- Jangan gunakan intonasi suara yang tinggi ketika berbicara dengan pasangan. Sebaliknya lembutkan tutur kata anda meskipun ketika berada dalam keadaan marah. Anda pon mesti tak suke jika ditengking bukan?
- Jadi teman yang paling prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pasangan anda. Dengar segala keluhan dan rintihan pasangan anda. Tapi jangan lupa, rancang kejutan untuk kembali mengembirakannya.
- Jika pasangan melakukan kesilapan, beri teguran secara lembut danberhikmah. Belakangkan ego anda, sebaliknya tegurlah dengan harapan ia menjadi tauladan kepada diri si dia.
- Jadilah peminat setia pasangan anda. Setiap individu memiliki kelebihan berbeza begitu juga anda dan pasangan. Ucaplah bahawa anda amat mengagumi si dia untuk setiap pencapaian yang dimilikinya.
- Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan kepadanya sebagai tanda anda memohon maaf. Paling romantik jika coklat tersebut anda suapkan ke mulutnya sebagai tanda anda begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi.
- Amalkan membaca “Yaa Waduud” sebanyak 1000 kaliyang bermaksud ALLAH yang MAHA MENCINTAI.
Semoga dengan segala keberkatan dari tips2 ini, maka akan bertambahlah kasih sayang sesama kita.
2 comments:
Ya Waduuud..
Ya Waduuud..
Ya Waduuuud...
=)
salam,
maaf jike teguran sy salah.
er, ustaz pnah cakap patung(teddy bear@doll@yg sewaktu dgnnye) adelah haram hukumnye utk mereka yg sudah dewase.klu utk anak2 yg msih kecik x pe lah. =)
sekian.
Post a Comment